MELAKA: Laungan keramat "merdeka" kembali bergema di Banda Hilir di sini, malam ini bagi mengenang perisitiwa bersejarah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada cengkaman penjajah di Padang Banda Hilir pada tarikh ini.
Sambutan ini dianggap penuh bersejarah kerana ia pertama kali diadakan selepas Tunku Abdul Rahman pertama kali mengumumkan kemerdekaan negara kira-kira 68 tahun lalu.
Perarakan bermula dari Bangunan Merah Stadhuys menuju ke Dataran Memorial Kemerdekaan sejauh kira-kira 600 meter dengan perarakan diketuai sebuah kereta antik bernombor pendaftaran M4442 yang dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Kenderaan berjenama Nash Rambler Custom jenis 'convertible' buatan 1951 itu pernah dinaiki Tunku Abdul Rahman dan wakil Sultan Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz ketika negarawan itu bersama rombongan merdeka pulang dari London ke Padang Banda Hilir pada 20 Feb 1956.
Sebaik tiba di pentas utama dataran berkenaan, Anwar, yang melakonkan watak Tunku Abdul Rahman, membuat pemeriksaan barisan pemuda sebelum Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran, yang bertindak sebagai Tun V.T. Sambanthan, mengalungkan bunga malai kepada Anwar sambil diperhatikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing yang melakonkan watak Setiausaha Agung MCA Tun Tan Cheng Lock.
Sambutan diteruskan dengan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Acara Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Tun Abdul Ghafar Baba yang dilakonkan oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, disusuli ucapan oleh Ab Rauf yang memegang watak Datuk Panglima Bukit Gantang.
Laungan 'merdeka' sebanyak tiga kali kemudiannya bergema sejurus Anwar, yang memegang watak Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Kemerdekaan bagi memperingati sambutan ulang tahun pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Keris Sapukal, yang merupakan keris sebenar pernah dipegang oleh Tunku Abdul Rahman semasa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu turut diserahkan kepada Anwar oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin yang memegang watak Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Melaka pada 1956 iaitu Zainab Samdin.
Sambutan diteruskan dengan Malam Aneka Warna yang menampilkan persembahan teater muzikal bertajuk "Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Negara Baharu" yang mempersembahkan babak-babak menarik dari bermulanya Jepun menjajah Tanah Melayu sehinggalah detik Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kira-kira 1,500 peserta terlibat dalam perarakan dan Malam Aneka Warna itu membabitkan anggota pasukan badan beruniform, jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pelajar serta parti politik.
Pengisytiharan rasmi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu bagaimanapun berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957.
Melaka turut mengumumkan 20 Feb sebagai cuti umum negeri bermula pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang watak Tunku Abdul Rahman mengangkat Keris Sapukal pada Sambutan Hari Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Memorial Kemerdekaan, hari ini. - Foto BERNAMA
Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia dalam pendidikan tinggi
Banyak negara menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
China, AS mahu tingkatkan lagi kerjasama pelancongan
Dialog Peringkat Tinggi Pelancongan China-Amerika Syarikat (AS) ke-14 yang bertemakan "Sektor Pelancongan Penggalak Pertukaran Sosiobudaya China-AS" dirasmikan di bandar Xi'an.
Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini
Mangsa banjir di daerah Perak Tengah berkurang malam ini iaitu 130 orang daripada 44 keluarga berbanding 209 mangsa daripada 73 keluarga pagi tadi.
AWANI 7:45 [23/05/2024] - PM pertahan pertemuan | 'orang tengah' rasuah penguat kuasa | Anak MB Perlis didakwa | Lagi kes keganasan bola sepak
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
- PM pertahan perjumpaan dengan Hamas, cari jalan bantu Gaza
- Siasatan SPRM, anggota kastam jaga kargo KLIA disogok, ketirisan RM2 bilion
- Video tular kes simbah asid sah libatkan Faisal Halim, bahan bukti polis
- India dilanda cuaca panas cecah 48 darjah celsius, Shah Rukh Khan kena strok haba
- PM pertahan perjumpaan dengan Hamas, cari jalan bantu Gaza
- Siasatan SPRM, anggota kastam jaga kargo KLIA disogok, ketirisan RM2 bilion
- Video tular kes simbah asid sah libatkan Faisal Halim, bahan bukti polis
- India dilanda cuaca panas cecah 48 darjah celsius, Shah Rukh Khan kena strok haba
Juruterbang SQ321 menjadi wira, tonjol kepentingan tali pinggang keselamatan
Juruterbang SIngapore Airlines adalah wira sebenar SQ321 selepas tindakan pantasnya menyelamatkan 228 orang di dalam pesawat.
Pelaksanaan e-Invois untuk PMKS adalah 1 Julai 2025 - LHDN
Pelaksanaan e-Invois bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan bermula pada 1 Julai 2025 dan bukannya pada 1 Ogos ini, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Keputusan SPM 2023 boleh disemak melalui SMS, laman sesawang KPM
Semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh menyemak keputusan masing-masing bermula 10 pagi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara dalam talian pada Isnin ini.
SQ321: Semua warga Malaysia termasuk anak kapal dalam keadaan stabil
Kesemua 10 rakyat Malaysia, termasuk seorang anak kapal dari penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, berada dalam keadaan stabil.
TH sedia 236,000 pek makanan untuk jemaah haji semasa Masyair
Sebanyak 236,000 pek makanan disediakan untuk jemaah haji Malaysia ketika ibadah Masyair di Arafah dan Mina minggu depan bagi memudahkan urusan penyediaan makanan, kata Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman
#AWANI745
#AWANI745
1MDB saman Patrick Mahoney, tuntut bayar semula wang US$1.83 bilion
1MDB memfailkan saman terhadap Patrick Mahoney bagi menuntutnya membayar semula wang berjumlah US$1.83 bilion kerana didakwa telah membantu beberapa individu berhubung penyelewengan dana 1MDB.
Laungan keramat 'merdeka' kembali bergema di Banda Hilir selepas 68 tahun
Ia bagi mengenang perisitiwa bersejarah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.